Resepi ikan siakap masak
3 rasa paling mudah! Kalau makan di restoran, menu ini dikatakan antara
yang wajib ada di atas meja. Kira menu popular jugalah kan. Ikan siakap masak 3 rasa makan dengan
nasi putih sahaja sudah cukup menyelerakan. Hari ini, kami ingin kongsikan
dengan semua, menu mudah cara cara nak
masak ikan siakap masak 3 rasa!
Pertama
sekali, kenapa ianya di panggil 3 rasa? Ianya adalah kerana, ada rasa manis,
masin dan masam. Ini semua datang daripada bahan-bahan yang akan kita gunakan
untuk hasilkan menu superb! ikan siakap
masak 3 rasa!
Orait!
Bahan bahan yang diperlukan adalah:
1
ekor ikan siakap.
Tepung
jagung
Bahan
untuk menumis:
bawang
putih
Cili
padi
Halia
Serai
Bahan
lain:
Bawang
besar
Tomato
Nenas
(potong kiub)
Daun
limau purut
Garam
Gula
Bahan
untuk buat sos:
Sos
tomato
Sos
cili
Sos
tiram
Sos
ikan
Cara
penyediaan:
1) Panaskan
minyak kemudian goreng ikan. Setelah garing, angkat dan letakkan di dalam
pinggan.
2) Kemudian,
dalam kuali yang lain, tumiskan bawang putih, halia,cili padi dan serai.
3) Kemudian
masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan daun limau purut.
4) Kemudian,
masukkan bahan bahan yang lain, bawang besar,tomato dan nenas.
5) Masukkan sedikit
air. Kemudian masukkan garam dan gula.
6) Biarkan
seketika. Setelah agak pekat, angkat dan curahkan pada ikan siakap yang siap di
goreng tadi.
7) Siap
untuk dihidangkan!
Ha!
Macam mana? Mudahkan? Sebenarnya tak susah pun kalau nak buat sendiri dekat
rumah. Kalau nak cantik lagi, boleh letakkan daun sup atau daun bawang! Nampak lebih
menyelerakan! Ok! Selamat mencuba!
0 Comments