Sumber google
Makan makan di Rumah Makan Cibiuk Melaka! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Al kisahnya, kawan kawan selalu sangat cerita pasal Cibiuk dekat Mitc Melaka ni. Balik kerja sanggup datang dari jauh semata mata nak makan dekat sini. Mestilah sedap kan kalau sanggup datang dari jauh. Dan cuti minggu lepas kami berkesempatan nak makan makan dekat sini. Tak sabar rasanya, nak tengok juga apa yang special sangat menu dekat Restoran Cibiuk Melaka ni.
Kami sampai waktu itu hujan renyai renyai. Sekarang kan malaysia sedang dalam perubahan monsun. Musim tengkujuh kan. Lokasi Restoran Cibiuk Melaka ni betul betul berhadapan dengan Mitc. Kiranya kalau kita dekat parking kereta MITC melaka, restoran ini sebelah kiri. Kalau sebelah kanan, ada hotel mitc.
Orait. Restoran Cibiuk Melaka bertutup penuh. Jadinya tak boleh merokok. Itu sangat penting. Sebab, memang tak selesa betul kalau makan makan ni, ada asap rokok. Langsung tak berselera. Dan suasana dekat dalam restoran ni, aduhai tenang betul. Hehehe. Boleh pilih samada nak makan di atas meja makan atau boleh bersila. Kemudian ada muzik indonesia (macam muzik dekat spa tu)
Kedai Makan Best Di Melaka!
Orait! Menu! Waktu sampai je dekat Rumah Makan Cibiuk Melaka ni, perkara pertama yang nak tengok sangat, apa menu yang ada dekat sini. Nak tahu apakah menu yang disediakan dekat sini? Boleh lihat gambar gambar di bawah ya.
Waktu nak order tu, memang tak tahu. Hahaha. Sebab makanan makanan di sini berasal daripada jawa barat ya! Waktu nak order nasi je dah pening. Sebab ada 3 jenis nasi yang disediakan. Nasi biasa (macam yang biasa kita makan dekat sini, tapi nasi dia macam pulut sikit), nasi liwet (ini nasi berempah, katanya menggunakan rempah khas) dan nasi bakar (nasi liwet yang dibakar!) kami pilih nasi biasa. Fuh! Lain macam kan menu dekat Rumah Makan Cibiuk Melaka ni!
Kemudian untuk lauk pula, kami pilih talapia kipas saiz sederhana. Kalau kipas ni, dia akan masak tepung dan terbuka macam dalam gambar di bawah. Kalau talapia biasa, dia akan goreng biasa je, tanpa tepung. Kemudian ayam dara goreng dan sambal special cibiuk.
Bercerita mengenai sambal istimewa cibiuk ini, rasanya pedas tapi semakin pedas, semakin kita nak makan. Betul cakap ni. Rasa dia macam sempurna. Laju je rasanya nak habiskan nasi tu. Itu baru yang warna merah tu. Rumah Makan Cibiuk Melaka ada menyediakan sambal hijau juga, cuma waktu kami tu, sambal tu dah tiada/atau habis mungkin. Tak pasti. Yang ada cuma sambal merah cibiuk tu je.
Apa pun, selepas habis semuanya, apa yang boleh kami rumuskan, kalau datang ke melaka dan berada di ayer keroh, korang kena datang ke Restoran Cibiuk Melaka ni. Memang puas hati. Menu menu dia superb! Kalau nak tahu Kedai Makan Menarik Di Melaka ni, boleh kami katakan inilah salah satunya. Tak rugi, confirm puas hati. Ok. Kami memang set nak datang makan makan lagi disini. Semoga jumpa lagi dalam review akan datang ya! Hehehe.
0 Comments