Cara nak bezakan ikan keli dengan ikan
sembilang |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai sebenarnya yang tak tahu Perbezaan
Ikan Keli Dengan Ikan Sembilang ni. Sebab rupanya yang seakan akan sama, maka
ramailah yang “tertipu” bila mana nak beli ikan sembilang, terbeli ikan keli. Kena
pula penjual ikan itu pun beritahu yang itu adalah ikan sembilang walhal ianya
ikan keli, parah! Tapi tak apa, hari ini kita sama sama belajar cara paling
mudah untuk kenalpasti perbezaan ikan keli dan ikan sembilang.
Beza Antara Ikan Keli Dan Ikan Sembilang.
Orait. Pertama
sekali nak beritahu, ikan keli adalah ikan air tawar. Dan telah dikomersial
kan. Maksudnya ianya telah di bela secara meluas samada melalui kolam, canvas
atau sebagainya. Ini bermaksud, ikan keli sangat mudah di dapati dan bila sebut
mudah dapat, harganya juga pasti murah.
Ikan sembilang
pula adalah ikan air masin. Atau boleh juga di jumpai di kawasan air payau (air
laut bertemu air sungai). Dan setakat ini, belum ada lagi projek untuk
mengkomersialkan ikan ini. Ianya agak susah juga untuk di dapati dan harganya
ada sedikit mahal.
Selain itu Beza
Antara Ikan Keli Dan Ikan Sembilang juga adalah, ikan keli sedikit kecil
daripada ikan sembilang. Ini mungkin disebabkan ikan sembilang ini adalah jenis
ikan laut. Tapi kalau bezakan dengan ikan keli Africa, memang keli Africa menang
la sebab besar sangat ikan tu. Hahahaha.
Cara paling mudah nak kenal ikan sembilang.
Ok. Aku nak
ajar cara paling mudah untuk kenal ikan sembilang. Caranya adalah tengok pada
bahagian ekor dia. Sirip atas dengan ekor ikan sembilang ni bersambung. Kalau ikan
keli, tidak. Nak lebih mudah faham, boleh lihat gambar di bawah:
Kemudian,
ikan sembilang ni, ada duri dekat bahagian atas dia. Ikan keli pula tiada. Tapi
kedua duanya sangat berbisa dan elakkan daripada terkena ya! Aku masih ingat
waktu aku kecil dulu, aku terkena sengat ikan sembilang, ikan tu kecil, tapi
bisanya rasa macam nak rebah! Jadinya sila berhati hati ya!
Oklah. Rasanya
itu sahaja Beza Antara Ikan Keli Dan Ikan Sembilang yang aku boleh kongsikan. Mudah
je sebenarnya nak bezakan ikan ikan ini. Dah harapnya, lepas ini, kita semua tak
mudah tertipu la ya! Jumpa lagi!
0 Comments