Halal atau tidak orang islam makan ulat sagu@Mulong

Halal atau tidak orang islam makan ulat sagu

Halal atau tidak orang islam makan ulat sagu@Mulong | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Al kisahnya semalam tengok video di youtube. Video dari seorang Vlogger Malaysia (maaf lupa nama channel) dia ajarkan cara untuk “survive” jika tersesat di dalam hutan. Salah satunya dengan makan ulat sagu @ mulong ini. Kemudian, terlihat satu video lagi, yang mana seorang artis Malaysia di cabar untuk makan pizza ulat sagu. Persoalan sekarang, adakah ulat sagu ini halal di makan oleh orang islam?

Tidak di nafikan, ulat sagu @ mulong ini sangat terkenal di borneo. Boleh sahaja lihat videonya di youtube. Boleh dikatakan ada atau ramai juga orang islam yang makan ulat sagu ini. Ada banyak versi (ini yang aku tanyakan sendiri dan dapatkan info daripada bacaan di google). Katanya ulat sagu ini boleh di makan kerana ianya tidak kotor. Makanannya hanya pokok sagu. Itu kata mereka lah.

Halal atau tidak orang islam makan ulat sagu@Mulong


Namun, Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin telah menjelaskan bahawa, hukum memakan ulat sagu @ mulong ini untuk umat islam adalah haram sama sekali. Ha, maknanya, buat mereka yang mengatakan bahawa ianya adalah halal di makan adalah tidak benar sama sekali ya.

Ianya adalah kerana memandang kepada ianya tetap sejenis ulat, makanya hukumnya adalah haram di makan oleh umat islam.

Ahh, terfikir pula, macamana mereka yang dah biasa makan tu kan? Ataupun mereka yang tetap mahu mencuba. Fatwa ini kata mufti, telah lama di buat.

Apa pun, yang jelas dalam situasi survival, ianya boleh di makan. Sekiranya tiada lagi makanan lain. Sama halnya dengan khinzir. Tapi makan untuk teruskan hidup ya. Bukan sampai kenyang. Begitulah.

0 Comments