Ini 5 kelebihan cuka epal yang tidak diketahui
semua orang | Mesti
kita biasa dengar tentang cuka epal kan? Awal Dulu aku ingat, cuka epal ni
rasanya macam air zapple tu, rupanya tidak tuan puan semua. Rasanya sedikit “keras”
bila melalui tekak sesuai dengan namanya cuka epal. Tapi yang sebenarnya, Cuka
epal ni baik untuk kesihatan dan juga kecantikan. Ha! Dan inilah 5 kelebihan cuka epal yang tidak diketahui
semua orang!
Mungkin lepas
dah baca ni, wajib ada sebotol cuka epal dekat rumah kan? Sebabnya ianya dah
digunakan beratus tahun yang dulu. Orang orang dulu dah tahu dah kelebihan dia
cumanya mungkin ada segelintir sahaja yang kurang tahu. Tapi tak apa, hari ini
kita semua bakal tahu apa kelebihan cuka epal ini ya.
Ini 5 kelebihan cuka epal yang tidak diketahui
semua orang.
#1. Baik untuk pesakit diabetis.
Bahan bahan
yang ada di dalam cuka epal ini mampu mengurangkan penghadaman kanji dan mengimbangi
kandungan gula dalam darah. Dan cuka epal mampu untuk mengawal penyakit
diabetis.
Caranya
adalah dengan mencampurkan 1 sudu cuka epal kedalam secawan air dan minum
sebelum makan.
#2. Rambut sihat dan berkilau
Ini yang
ramai tak tahu ini. Sebab semua ingat cuka epal hanya untuk makanan sahaja kan.
Ha, ianya juga boleh digunakan untuk rambut! Cuka epal bagus untuk
menghilangkan kesan minyak rambut atau kotoran yang ada pada kulit kepala kita.
Sekaligus memberikan rambut kita sihat dan berkilau!
Caranya adalah
dengan mengunakan 1 cawan cuka epal pada kepala dan rambut. Urut perlahan lahan
dan biarkan beberapa minit kemudian bilas.
#3. Membantu masalah penghadaman.
Cuka epal
mengandungi enzim dan probiotik. Ini sangat bagus untuk membantu masalah
penghadaman. Buat mereka yang selalu ada masalah pedih ulu hati tu, bolehlah
amalkan cuka epal ni.
Caranya adalah
dengan tambah satu sudu cuka epal ke dalam air suam dan minum lima minit
sebelum waktu makan.
#4. Membersihkan kulit
Kalau mereka
yang ada masalah pori besar, kulit kusam dan berminyak, cuka epal sangat baik
untuk korang. Ianya sangat membantu di dalam menyimbangkan tahap minyak pada
kulit korang.
Caranya adalah
dengan cairkan beberapa titik cuka epal di dalam air dan ambil kapas kemudian
gunakan pada kulit muka.
#5. Menghilangkan masalah mulut berbau
Siapa ada
masalah mulut berbau? Ha, kalau dah guna buat macam macam tapi tak juga hilang.
Bolehlah gunakan cuka epal. Campurkan cuka epal ke dalam air kemudian kumur. Air
kumuran ini dapat membunuh bakteria penyebab mulut berbau. Cara ini juga dapat
membantu memutihkan gigi kita.
0 Comments