Syok Makan

Syoknya tak terkira!

  • Home
  • Resepi Mudah
  • Resepi Minuman
  • Features
    • Review
    • Resepi Kerabu
    • Resepi Roti
    • Perkongsian
  • Contact Us

 

kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu

5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Air rendaman kurma atau disebut juga air nabeez merupakan air yang boleh dikatakan sebagai yang banyak dibuat pada bulan puasa. Ini adalah kerana, khasiat air rendaman kurma ini mampu memberikan tenaga sepanjang hari buat mereka yang berpuasa. Namun, tahukah anda, ada 5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu?

khasiat minum air rendaman buah kurma

Seperti pada awal tadi, banyak sebenarnya khasiat air rendaman kurma ini. Selain memberi tenaga sepanjang hari, air nabeez juga dikatakan boleh menguruskan badan. Namun, focus kita pada kali ini adalah, apakah lagi kelebihan yang ada pada air rendaman kurma ini?

Apa kelebihan dari kurma?

Banyak sebenarnya kelebihan daripada buah kurma. Antaranya adalah buah kurma kaya dengan nutrisi penting seperti serat, vitamin A,C,D,E , zat besi, kalsium, magnesium dan kalium.

Selain itu, banyak manfaat kurma kepada kesihatan antaranya adalah memberi tenaga segera kepada tubuh badan manusia. Ini adalah kerana factor gula semula jadi yang ada pada sebiji kurma.

Selain itu, kurma juga membantu di dalam proses diet. Mereka yang sedang dalam diet digalakkan untuk mengambil kurma kerana kurma mampu mengenyangkan perut kita dengan cepat. Bila perut dah kenyang, tak perlulah kita makan banyak-banyak kan? Hehehe.

kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu

5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu

Baiklah, sekarang mari kita lihat, apakah kelebihan air rendaman kurma ini pada tubuh manusia:

#1. Meningkatkan kesihatan tubuh manusia

Kandungan air nabeez yang beralkali dapat membantu menstabilkan tahap PH dalam badan kita. Air rendaman kurma ini bertindak sebagai detoks yang menyingkirkan toksin dalam badan.

#2. Bagus untuk sistem penghadaman.

Kandungan yang terdapat di dalam kurma (yang kemudiannya di larutkan di dalam air) sangat bagus di minum ketika sahur. Ini adalah kerana, kandungan air ini mampu membuatkan kita bertenaga sepanjang hari.

#3. Membekalkan tenaga segera.

Kandungan gula semulajadi di dalam kurma mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh badan kita. Dan atas alasan itu juga, kita digalakkan untuk berbuka dengan kurma terlebih dahulu untuk mengembalikan paras gula didalam darah kita.

#4. Dapat mengurangkan alahan.

Salah satu khasiat yang ada pada buah kurma adalah sulfur. Dan khasiat ini mampu mengurangkan masalah alahan seperti rhinitis. Dengan mengamalkan mengambil air rendaman kurma ini, ianya dapat mengurangkan alahan seperti bersin, hidung berair atau tersumbat ataupun sakit kepala.

#5. Mengelakkan sembelit.

Didalam bulan puasa terutamanya, tubuh badan kita kurang menerima air dan ini akan menyebabkan masalah sembelit. Dengan meminum air nabeez ini, ianya dapat membekalkan fiber secukupnya kepada tubuh dan dapat mengelakkan masalah ini.

cara membuat air rendaman kurma

baik, seterusnya, meh kita lihat cara cara membuat air rendaman kurma:

#1. Ambil buah kurma dalam bilangan ganjil. Contohnya 3 biji atau 5 biji ataupun 7 biji, terpulang pada anda ya.

#2. Kemudian, buangkan biji kurma dan carik-carikan isi kurma tersebut.

#3. Masukkan kedalam bekas isi-isi kurma tersebut dan campurkan dengan air masak.

#4. Tutupkan bekas tersebut dan biarkan ianya semalaman. Kalau nak minum sahur, buatlah pada malam harinya ya. Kalau nak minum petang, boleh buat pada awal pagi.

kelebihan cengkih kepada manusia yang ramai tidak tahu

7 kelebihan cengkih kepada manusia yang ramai tidak tahu! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila sebut tentang cengkih, pasti ramai yang dah tahu. Ianya merupakan di antara bahan yang kerap digunakan di dalam masakan. Namun tahukah anda, ada 7 kelebihan pada cengkih yang memberi kesan yang baik kepada tubuh badan manusia?

Sebelum itu, sedikit perkongsian mengenai cengkih, cengkih yang kita lihat sekarang adalah kuntuman bunga pokok cengkih yang telah dikeringkan. Awal dahulu, pokok ini banyak dijumpai di Indonesia namun sekarang, ianya banyak di tanam di Malaysia, sri lanka, Madagascar, brazil dan Tanzania.

7 kelebihan cengkih kepada manusia yang ramai tidak tahu!

#1. Membantu menghilangkan bau mulut & sakit gigi.

Kelebihan pertama cengkih pada tubuh badan manusia adalah digunakan untuk membantu menghilangkan bau mulut dan sakit gigi. Cara yang paling biasa digunakan cukup mudah. Hanya dengan memasukkan bunga cengkih ke dalam gigi yang berlubang untuk meredakan sakit gigi.

Ada juga yang mengiling atau menghancurkan cengkih kemudian masukkan kedalam kapas dan sumbatkan kedalam gigi yang berlubang.

Bagi mereka yang ingin hilangkan bau mulut pula, cukup dengan hanya mengunyah cengkih sehingga lumat. Cara ini sangat terbukti mampu menghilangkan bau mulut.

#2. Mengubat sakit kepala.

Manfaat kedua adalah mengurangkan sakit kepala dengan cara menumbuk halus cengkih dan campurkan dengan garam batu. Kemudian masukkan campuran ini ke dalam segelas susu. Campuran ini mampu mengurangkan sakit kepala.

#3. Mampu mengurangkan stress.

Manfaat ketiga cengkih pada tubuh badan manusia adalah mampu mengurangkan stress. Caranya cukup mudah iaitu dengan merebus cengkih, daun pudina dan daun kemangi. Selesai rebus, airnya boleh dibuat minum.

Ini adalah cara traditional untuk mengurangkan stress.

#4. Digunakan sebagai perapi rambut.

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut, campurkan beberapa ulas cengkih bersama minyak zaitun dan boleh dijadikan sebagai perapi rambut. Campuran ini juga mampu menjadikan rambut anda berbau harum.

#5. Membantu melancarkan penghadaman.

Cengkih juga boleh digunakan sebagai medium penghadaman manusia. Cengkih melancarkan pencernaan dan meransang enzim pencernaan. Caranya dengan hanya mengambil cengkih dan dibakar kemudian campurkan dengan madu dan dimakan.

#6. Merawat batuk.

Cengkih juga mampu merawat masalah batuk. Caranya adalah dengan mencampurkan bahan seperti sireh, buah pelaga, gula batu dan cengkih. Rebuskan sehingga mendidih kemudian tapis air rebusan dan minum dua kali sehari.

#7. Membantu melegakan penyakit pernafasan.

Cengkih juga digunakan secara tradisional sebagai rawatan kepada masalah pernafasan. Diantara cara yang biasa digunakan adalah dengan merebus cengkih dan wap daripada rebusan ini digunakan sebagai rawatan batuk,asma dan pelbagai masalah lain.

Resepi puding roti coklat paling mudah dan sedap

Resepi puding roti coklat paling mudah dan sedap | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini, tertengok 1 video daripada Seorang Digital creator, Khairulaming. Ada 1 resepi yang sangat menyelerakan dikongsikan beliau iaitu puding roti coklat pisang. Dan hari ini, kami ingin kongsikan dengan semua resepi yang sangat mudah dikongsikan beliau dengan semua! Bolehlah kita buat makanan waktu berbuka nanti ya!

Resepi puding roti coklat paling mudah dan sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 8 keping roti sandwich
  • 1 cawan coklat chip
  • 2 biji pisang
  • 2 cawan susu full cream
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • ½ cawan gula
  • 2 sudu mentega

Bahan-bahan untuk buat sos kastard puding roti gardenia coklat

  • 2 cawan susu full cream
  • 2 sudu tepung kastard

Cara-cara nak buat puding roti coklat pisang

Mula-mula roti sandwich (yang dah dipotong kecil-kecil) dan masukkan dalam bekas.

Kemudian taburkan coklat chip, dan susun pisang (yang dah dipotong)

Kemudian, susun lagi roti sandwich (yang dah dipotong ya) dan ulang proses tabur coklat chip serta susun pisang sehingga penuh bekas anda

Kemudian, masukkan susu full cream ke dalam 1 bekas, masukkan juga 2 biji telur dan esen vanilla serta gula dan mentega.

Gaulkan sehingga sebati kemudian masukkan ke dalam bekas roti tadi.

Langkah seterusnya adalah masukkan roti ke dalam oven.

Cara-cara nak buat sos kastard puding roti gardenia coklat

Masukkan susu full cream ke dalam kuali dan masukkan juga tepung kastard. Gaulkan sehingga sebati, siap!

Cara nak makan puding roti coklat pisang?

Cukup dengan hanya masukkan puding roti coklat pisang ke dalam bekas kemudian tuangkan sos kastard! Mudah kan? Dan pastinya sedap! Selamat mencuba!

Older Posts Home

SUBSCRIBE & FOLLOW

Total Pageviews

POPULAR POSTS

  • Halal atau tidak orang islam makan ulat sagu@Mulong
  • Cara nak bezakan ikan keli dengan ikan sembilang
  • Resepi Mee Kari yang ringkas tapi sedap!

Categories

  • Food Review 1
  • info 3
  • resepi 2
  • resepi kerabu 2
  • resepi minuman 1
  • Resepi mudah 2
  • roti 1
  • Tips 4

Followers

Featured Post

5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu

Popular Posts

  • Cara nak bezakan ikan keli dengan ikan sembilang
  • Halal atau tidak orang islam makan ulat sagu@Mulong
  • Resepi ikan siakap masak 3 rasa paling mudah!
  • Resepi Tauhu sambal tempe

Labels

  • Food Review 1
  • info 3
  • resepi 2
  • resepi kerabu 2
  • resepi minuman 1
  • Resepi mudah 2
  • roti 1
  • Tips 4

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes